Monday, May 11, 2009

Nasi Goreng Seafood

Kedai ini terletak kat dalam area Bandar Putra berhampiran dengan warung Nasi Lemak tapau.

Kebanyakan kawan kawan saya suka makan kat sini, boleh dikatakan " regular customer "

bagi saya, nasi goreng seafood menjadi pilihan utama bila saya makan kat sini.

Nama kedai ini, MUHA TOMYAM

Kalau nak pergi kedai ini, senang aje...cari Petronas Bandar Putra yang belah dalam. Sebelum Petronas tu, belok kiri...lepaskan kedai mamak kat tepi, belok kiri lagi...terus lepaskan restoran cina..nanti nampak satu kedai tom yam yang luas dan ada interior design kayu yang cantik..itulah Muha Tomyam.

Peta...

Sunday, May 10, 2009

Nasi Goreng Basmathi

Di sini lah pertama kali...saya makan nasi goreng ..dia orang pakai beras mahal..beras basmathi

Selalunya saya order NASI GORENG BASMATHI TELUR dan saya akan mintak pedas...dia org letak cili padi kat dalam...memang kow...

kalau tak nak pedas pun boleh...Harga nasi goreng ni RM 6.00..saya fikir harga ni ok untuk beras mahal ni..

Kat mana boleh makan nasi goreng ni ? Kedai ni namanya NOVENA BANANA LEAF

terletak betul betul kat depan Hospital Kulai dan TNB Kulai. Kalau dari Kulai, ada satu deret kedai sebelum Petronas ( hadapan MC Donald Kulai ) masuk ke dalam area kedai2 tu....Novena terletak dalam pertengahan deret deret kedai itu...

Kedai ni juga ada status HALAL...so jangan risau untuk pengunjung beragama Islam

Selamat mencuba...

Kali ni tak payah ada peta...semua org tahu kat mana Hospital Kulai atau Mc Donald Kulai.

Friday, May 8, 2009

Tom Yam

Kalau nak pekena tomyam merah atau putih...kena turun kedai ni...Kedai ini terletak kat area Senai. Kalau saya nak pekena tomyam...saya turun kat sini...

Nama kedai ni...Tom Yam Ramai Ramai..

Kalau nak makan Tom Yam merah...mintak Tom Yam Udang...
Kalau nak Tom Yam putih...mintak Tom Yam daging atau ayam..
kuah tom yam dia memang kow giler...harga dia org ni ada mahal sikit..

Tom Yam udang aje...RM 5.50 belum campur nasi putih...

Yang special pasal kedai ni...ada keropok ikan...memang gerek kalau pekena sambil sambil tunggu Tom Yam siap....
kalau yang suka makan keropok..mintalah satu order...

Sekarang macam mana nak pergi kedai ni...

Kalau dari bandar Senai...selepas Pejabat Pos Senai...drive depan sikit ada satu bangunan kedai..ada Restoran Jia Ping...selepas bangunan kedai ada jalan belok kiri..sebelum Maybank Senai..lepas terus..ada perumahan kat belah kiri..terus lagi sampai bangunan kedai belah kiri...lepas tu..belok kiri...nanti nampak depan depan kedai...dalam deret kedai tu...ada Tom Yam Ramai Ramai...( belah kiri ok ) belah kanan pun..ada kedai Tom Yam..jangan risau...ada peta....

lagi satu...lepas makan kat sana...jangan lupa komen kat blog ni...

Nasi Lemak 2

Lagi satu kat dalam Bandar Putra, kakak dgn abang ni tumpang niaga tepi Restoran Cina.
nak panggil nama apa...tak ada nama...kebanyakan org tapau aje..

Kalau nak makan sana...kena duduk kat restoran Cina..order air kat restoran cina..

Selalunya saya tapau aje..nasi lemak kakak ni memang sedap..harganya pun ok..

Nak pergi sana..senang aje...dalam Bandar Putra ada dua Petronas..satu kat IOI Mall..satu lagi belah dalam...area Pasar Malam..stall kakak terletak betul betul tepi Petronas yang belah dalam...tepi Petronas ada satu kedai Mamak dgn satu restoran Cina. Kakak tu tumpang kat permulaan restoran cina.Sebelah kedai hardware. Ada peta ni..kalau tak tahu kat mana..

Nasi Lemak 1

Ada dua tempat kat kulai ni, saya akan pergi untuk makan nasi lemak...Apa apa pun..jangan terkejut dengar nama warung ni. Saya pun masa baru baru tahu nama warung ni...terkejut jugak...tapi lepas try..memang power..

Dia org panggil warung ni..Nasi Lemak Wak Kentut.

Dia org bukak warung ni dalam pukul 545 petang sampai pukul 730pm aje..sebelum itu aje...org dah tunggu...Org cina suka tapau ayam goreng dia..Siang siang dah line up untuk beli ayam...

Kalau nak pergi sana...ni ada peta...Warung ni terletak selepas deret kedai Public Bank Kulai. ada macam rumah kecil warna hijau. Rumah Hijau ni ada warung dgn sekolah memandu. Kalau tak tahu jugak..tanya org kat deret kedai tu...